Monday, 27 May 2013

 assalam ... selamat pagi dan selamat sejahtera semua ... malam tadi syai n anak2 berbincang pasal masalah ini bersama ... mungkin sebab rasa tanggung jawap untuk kita sama2 saling ingat mengingati tiba2 idea datang mencurah2 untuk di panjang kan di sini pulak ... semalam pagi2 lagi dah kecoh satu rumah .. anak syai kehilangan telefon 2 3 ari lepas. ok la tak apa nk buat camne pon .. dah xde rezeki ... redha je la ... pujuk anak mngkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik nanti ... yang anak ni pun dah pasrah .. takpe la mama chipa tak nak apa2 nak dapat 4 flat je untuk keputusan matriks dia yang akan keluar tak lama lagi ... senang nya pemikiran anak yang sorang ni .... tup2 pagi semalam dapat cerita lain lak ... dah la mencuri ada ke patut dia mengambil kesempatan dengan sms kawan2 anak saya ni n minta duit. wahhhhh sungguh melebih2 orang ni. memang la senang nak buat keje semua contact number ada dalam tu ... syai tak habis fikir .. kenapa tergamak sangat orang2 macam ni. dah la mencuri sanggup lak tu memburuk2 kan nama orang yang dia tak kenal. tak pasal2 nanti kawan2 dah x percaya pada anak syai ni.
     sesusah mana pun kami anak beranak syai x pernah ajar anak2 untuk meminjam2 pada orang meski pon kawan2. untuk apa pun ... kita hidup la seadanya ... belanja ikut kemampuan, bila ada lebih kita beringat ... bila dah tak ada duduk je la diam2 ... betul kan ....
      ini lah sebenarnya masalah anak2 muda sekarang ... berlagak hidup nak mewah je ... tapi bekerja ... malas. masa sekolah tak belajar sungguh2 ... bila kerja nak yang senang ... tak nak yang susah yang memenatkan ... gaji nak besar. hamboiiiii sesapa pun nak macam tu kan ... tapi mereka2 ni terfikir kah ...waktu sekolah dulu kalau malas belajar apa akibatnya ... kalau rajin lak apa ganjarannya .... takkan setiap masa kene bagi semangat n motivasi untuk anak2 ni. kat sekolah mungkin juga ada bermacam2 kem ... kem  motivasi la ... kem itu la ... ini la ... tapi bila di rumah ibu bapa lepas tangan ... takde kata2 perangsang untuk anak2. cukup sekadar pujian .. tak perlu lebih2 .. cukup buat hati anak berbunga riang ria bila kene puji. bukan la nak puji diri sendiri ... tapi syai sentiasa bagi semangat n galakan ... bagi contoh mereka2 yang berjaya termasuk dikalangan kawan2 syai sendiri ... jujur dan ikhlas syai tumpang berbangga dengan kejayaan kawan2 syai ... kalau kita rajin dan tekun besar lah ganjarannya kelak. tapi kalau malas ... eeemmm tengok juga la apa kesannya nanti.
       cuma syai selalu pesan pada anak2 ... bila dah berjaya jangan lupa diri. jangan sesekali mendabik dada .. sombong ... jangan jadi kacang yang lupakan kulit. jangan sesekali memandang rendah pada orang lain. tak semestinya orang yang x berjaya tu malas mungkin juga mereka cuma x bernasib baik .. bukan sbb tak berusaha. kita takkan tau cerita hidup orang lain kann. jangan tamak share apa yang kita ada ... janji Allah kalau kita berkongsi apa milik kita in sya Allah  ... Allah gandakan rezeki kita.
        emmm ... kadang2 memang susah hati bila memikirkan anak2 ni. apatah lagi ada anak yang tengah meniti usia remaja. risau kalau2 mereka ni tersalah langkah ... tersalah pilih kawan. tapi syai suka amik pendekatan dengan kenal dengan kawan2 mereka. amik tau dengan sapa mereka berkawan ... mereka bergaul. tapi apa yang syai nampak tentang anak lelaki ni ... kita sebagai ibu pon takkan kenal anak kita ... cuma bila mereka dah berkahwin seorang isteri je yang akan kenal sapa suami mereka ... bukan ibu bapa. pada anak2 syai sentiasa akan bertanya apa masalah mereka ... buat macam kawan, tapi jangan sampai mereka lupa siapa kita ... ibunya.
        masalah sosial ari ni rasanya boleh kita elakkan kalau kita ibu bapa sentiasa ambil tau hal anak2. kalau dari kecil kita dah biasa kan anak2 dengan cara kita ambil berat tentang mereka dah tentu mereka takkan rasa terkongkong. bila besar mereka pun takkan rasa kekok untuk bercerita masalah dengan kita.
         ari ni panjang sikit celoteh syai. peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya. memang sangat mencabar membesarkan anak2 sekarang berbanding dengan zaman kita 20 30 tahun yang lepas. syai menyusun sepuluh jari minta ampun dan maaf jika terkasar bahasa menyinggung rasa. akhir kata sayang anda semua .....

Sunday, 26 May 2013

assalam semua ... mencuri sedikit masa mng'update' blog ni ... hari ni dah pon isnin 27 mei 2013 ... sekejap je masa berlalu. dah pon 17 rejab ... alhamdulillah setakat ni dah dapat berpuasa untuk beberapa hari. semogadi berikan kesihatan yang baik untuk berpuasa beberapa hari lagi akan datangari ni syai nk citer pasal anak2 lagi. tapi bukan bab pilih kasih macam ari tu ... sabtu 25.5.2013 ... dari pagi biasa la dah sibuk dengan hal2 rumah na anak2 ...semalam nya dapat tido 3 4 jam pun dah cukup la. nasib 'cuti' boleh la skip subuh ... hehehehe .... dari pagi berkali kali si bongsu zaheerah ingatkan untuk amik report card dia. hari ni parent n teachers day di tadika pelangi elit semenyih. eeemmm biasa la berdebar juga nak tengok keputusan anak walaupun cuma tadika.  tadika pun pasa syai tu la langkah pertama dia untuk ke peringkat seterusnya dan seterusnya ... yang menetukan bagaimana dia ke sekolah rendah nanti dan yang lebih tinggi n tinggi. alhamdulillah seperti selalu si bongsu belum lagi mengecewakan keputusan cemerlang no 2 out of 21 dari kawan2 dia yang lain. namun sejujurnya syai x pernah berharap atau mengantung harapan setinggi gunung pada anak2. masing2 ada kelebihan mahu pun kekurangan sendiri. yang cemerlang dalam pelajaran .. alhamdulillah ... sekali pun yang x cemerlang syai yakin mereka ada kelebihan mereka tersendiri. mungkin dulu syai sangat berharap ... ye la ibu bapa mana pula yang tak berharap ... agar mereka semua berjaya dan cemerlang dalam pelajaran, tapi lama2 syai yakin anak2 ni ada kelebihan mereka masing2. makin mereka meningkat dewasa masing dah boleh fikir dan ada minat masing2 ... kita sebagai ibu bapa perlu ke sekat apa minat anak2 ni ... kenapa mesti mereka ikut apa kata kita sedangkan mereka juga ada minat n cita2 sendiri ... sekali pun mereka cemerlang dalam pelajaran dan ada minat lain tak perlu kita sekat apa yang mereka minat. biar la mereka menimba pengalaman - pengalaman bukan boleh di jual beli ... bukan  boleh di tukar dengan wang ringgit. bagi saj galakan sewajarnya mungkin itu la kelebihan yang ada pada mereka ....asalkan minat tu tak buat mereka susah atau membahayakan diri mereka. bercakap pasal pengalaman betul kan pengalaman tu sangat2 mendewasakan kita. membuat kita matang ... membuat kita menggunakan otak berfikir sebaik2 nya ....tak pe kita pasal pengalaman next time ok ... hehehehe ... di hujung bicara syai nak ingatkan sekali lagi juga untuk diri syai sendiri sayangi anak2 kita tak kira macam mana pun mereka ... sebab mereka tetap anak2 kita ... jagan sia2 kan amanah Allah yang satu ni ...walau sebesar mana masalah sedang melanda kita jangan sampai hilang focus pada anak2 ... untuk anak2 syai ... mama tetap sayang kalian .... muaahhhhh

Saturday, 25 May 2013

assalam .... eeemmm baru berkesempatan nk menjengah di sini. jumaat (24.5.2013) first day cuti sekolah kerja rumah dah start menunggu. biasa la kerja2 rumah yang x penah surut n selesai. celik je mata sampai la nak tido pandai2 la nk curi masa untuk berehat. malam dah hampir nak tidur tiba2 anak lak ajak pergi hospital - asthma attack. sampai hospital -+ pukul 2 ... terus dapat rawatan ... prosedur biasa untuk pesakit asma. tapi dah nama pun hospital kerajaan menungggu lama adalah satu perkara wajib. hampir pukul 5 pagi baru selesai. jenuh menunggu. bukan sebab rawatan yang lama tapi menunggu surat dari doktor untuk further treatment next appointment tu yang hampir satu setengah jam. hati seorang ibu ... emak ... mama... mommies atau apa saja panggilannya ... mana ada yang sanggup nak biarkan atau buat tak tau je bila anak sakit. tengah malam pun sanggup redah gelap ... tinggalkan katil dan bantal asalkan anak tu hilang sakitnya. tak kira macammana degil ke ... tak nk dengar cakap ke ... selalu lawan cakap kita ke atau tak ngam dengan ank tu ... anak tetap anak. dan doa seorang ibu tu x pernah membezakan sapa pun antara anak2.tak pernah terlintas dalam doa walau pon sekali untuk membezakan doa untuk anak2. pernah juga mendengar cerita dari salah seorang anak saya ... seorang ibu yang membeza bezakan kasih sayang antara anak2. ada anak yang di tatang berlebihan jangan kan marah jentik pun x pernah. tapi bila anak yang bukan feveret dia sungguh pun x buat salah anak ni tetap di persalahkan dan di marah. hingga sanggup mengungkit segala duit belanja dan segala keperluan yang dah di beri pada anak ni. saya tak habis fikir macam mana seorang ibu tergamak bercakap begitu pada anak sendiri. bukan ke sudah kewajipan ... tanggungjawap untuk membersarkan anak ni tak kira la berapa ramai pun anak2 kita. tak kira sekali pun di landa masalah kewangan atau apa sekali pun kenapa tak yakin setiap anak tu ada rezeki nya sendiri. rezzeki mungkin bukan dalan=m bentuk kewangan tapi dalan segala bentuk. mungkin kejayaan dalam hidup ... mungkin juga kejayaan atau anything yang kita tak pernah terfikir dan kita sangka. cerita pasal pilih kasih bukan la cerita baru atau asing di telinga kita ni. kenapa mesti nak bezakan kasih sayang ni. kita tak tahu masa tua kita (insya Allah kalau panjang umur) mungkin anak ni la yang jaga kita. yang bela kita bila tiba2 kita dah tak berdaya ... amanah Allah yang satu ini lah yang kita perlu jaga dan sayang sepenuh hati kita. ikatan suami isteri boleh terlerai bila2 masa tapi ikatan ibu dan anak takkan terputus selagi hayat di kandung badan. maafkan saya kalau menyinggung htai dan menguris perasaan anda ... tapi ini juga cara saya mengingati diri sendiri untuk terus mnyayangi anak2 tanpa membezakan kasih sayang. saya berhenti dulu untuk hari ni ... insya Allah ada masa saya sambung lagi nanti. salam sayang dari saya .... terima kasih sudi singgah di blog saya ni ....

Thursday, 23 May 2013

assalam semua ... terima kasih sbb sudi singah blog syai x seberapa ni. maklum la saya baru belajar kalau salah tolong tunjukkan. hari ni khamis 23 may 2013 tak ada apa yang penting hari ni tapi pada syai hari hari memang penting. kalau tak penting kenapa Allah masih memberi kita peluang untuk bernafas dan menimba ilmu dan pengalaman untuk satu hari lagi. bagi ibu2 macam saya rasa nya harini kene bermanja manja kan diri puas2. hehehehe ... mana tak nya cuti sekolah dah nk mula . untuk dua minggu ni aduuuhhh bersiap sedia untuk bersilat ... latihan vocal lontaran suara ... belajar bersabar dengan kerenah anak2. maklum la cuti sekolah aktiviti semua di rumah. tapi alhamdulillah anak2 syai sekarang x la mencabar sangat kesabaran berbanding masa mereka belom sekolah lagi. mngkin belajar di sekolah dan mendisiplinkan diri di sekolah banyak membantu mereka menguruskan diri sendiri, cuma biasala bertengkar bergaduh lepas tu baik balik main lagi sama sama. kadang2 tak payah nk tengok tv (citer pon entah hapa2) seronok lagi tengok kerenah ank2. bila bergaduh ejek mngejek. bila elok bergurau senda gelak x boleh belah ... hehehe.... kalau cerita pasal anak2 ... memang xabis abis. maklum la ramai. setiap sorang ada karekter sendiri macam2 la .... tapi satu la anak2 ni saya x tau anak orang lain tapi anak2 saya macam mna beza pn karekter mereka ... bila saya masak itu la yang mereka makan tak ada complaint .. even sesekali lupa letak garam pun tetap licin nasi sepinggan. kekadang bila teringat lupa letak garam kita pulak yang mengalir airmata ... alahai lauk tawar ari ni .... sian anak2 aku ... eeeemmmm .... ok la cukup cukup la membebel pasal anak2 ni ... esok syai cuba cari cerita baru dan hidangkan di sini. sekali lagi syai ucapkan terima kasih sbb sudi jenguk sini ye ... terima kasih sebanyak buih di laut. see u ....

ini la my first blog

alhamdulillah .... akhirnya dengan susah payah menjadi juga blog yg x berapa nak jadi ni. hehehehe .... semangat tengah membara nak kembali menulis macam waktu2 di sekolah dulu. untuk my first blog ni hanya nak berkongsi dengan all my dearest friends ... terutamanya cik nora ali, puan aida tasrif, cik zueriana dan puan ruby amal. kalian la kawan yang sentiasa ada tak kira masa tak kira ketika ... bila bila masa syai perlu kan kawan kalian sentiasa ada menemani ... memberi semangat diri .. ni la juga kawan kawan yang bila berborak ketawa tak hingat dunia ... kalau sedih sama sama terharu. kalian sentiasa ada memberikan segala apa yang diperlukan dari sahabat2. walaupon kita terpisah berpuluh tahun dan baru berjumpa semula tak sampai pun setahun tapi persahabatan dari sekolah tu tetap kekal dalam sanubari. kalian tak mungkin syai lupakan selagi hayat di kandung badan. mungkin cuma bila syai hilang ingatan je yg membolehkan syai lupakan kalian. berborak la kita hari hari pon walaupon cuma dalam whatsapp .. wechat tu semua x kan mnghilangkan rasa rindu pada kalian semua. terima kasih yang x terucap banyak nya bila kalian membuka semula mata dan minda syai yang dah terkurung berpuluh tahun lama nya. membentangkan semula jalan yang syai rasa dah kelam di hujung nya. memberikan segala gala yang syai perlukan saat diri ini di hi mpit dengan segala masalah dan kesulitan yang x pernah terbayang di minda berpuluh tahun dulu. kalau x kerana ko ta .. ida .. ina dan ko bie ... aku masih syai yang tak berani bersuara tak berani cuba melangkah ke hadapan tak berani untuk maju selangkah kehadapan. contohnya blog ni ... klau rasanya xde kekuatan dan keberanian tak mngkin syai meluahkan rasa penghargaan buat kalian di sini. sahabat ... tiada kata yang boleh syai ucapkan selain jutaan terima kasih sebab sudi menerima diri ini untuk menjadi sahabat kalian. semoga persahabatan kita ini tak kan berakhir hingga hujung nyawa. kita sama sama realisasikan segala impian kita semoga DIVASS menjadi kenyataan satu hari nanti. kita sama sama melancong keliling dunia walau cume dalam mimpi ... hehehehe ... hey hey ... jangan risau syai sekarang more +ve dari dulu k ... no more dreaming semoga semuanya bakalan jadi kenyataan satu hari nanti. ketahuilah oleh mu kalian ... tiada bandingan nk syai bandingkan sebesar mana sayang dan cinta ku pada kalian semua. rasai dalam hati di tempat yang paling dalam di situ la cinta ku pada kalian semua ...