Saturday, 25 May 2013

assalam .... eeemmm baru berkesempatan nk menjengah di sini. jumaat (24.5.2013) first day cuti sekolah kerja rumah dah start menunggu. biasa la kerja2 rumah yang x penah surut n selesai. celik je mata sampai la nak tido pandai2 la nk curi masa untuk berehat. malam dah hampir nak tidur tiba2 anak lak ajak pergi hospital - asthma attack. sampai hospital -+ pukul 2 ... terus dapat rawatan ... prosedur biasa untuk pesakit asma. tapi dah nama pun hospital kerajaan menungggu lama adalah satu perkara wajib. hampir pukul 5 pagi baru selesai. jenuh menunggu. bukan sebab rawatan yang lama tapi menunggu surat dari doktor untuk further treatment next appointment tu yang hampir satu setengah jam. hati seorang ibu ... emak ... mama... mommies atau apa saja panggilannya ... mana ada yang sanggup nak biarkan atau buat tak tau je bila anak sakit. tengah malam pun sanggup redah gelap ... tinggalkan katil dan bantal asalkan anak tu hilang sakitnya. tak kira macammana degil ke ... tak nk dengar cakap ke ... selalu lawan cakap kita ke atau tak ngam dengan ank tu ... anak tetap anak. dan doa seorang ibu tu x pernah membezakan sapa pun antara anak2.tak pernah terlintas dalam doa walau pon sekali untuk membezakan doa untuk anak2. pernah juga mendengar cerita dari salah seorang anak saya ... seorang ibu yang membeza bezakan kasih sayang antara anak2. ada anak yang di tatang berlebihan jangan kan marah jentik pun x pernah. tapi bila anak yang bukan feveret dia sungguh pun x buat salah anak ni tetap di persalahkan dan di marah. hingga sanggup mengungkit segala duit belanja dan segala keperluan yang dah di beri pada anak ni. saya tak habis fikir macam mana seorang ibu tergamak bercakap begitu pada anak sendiri. bukan ke sudah kewajipan ... tanggungjawap untuk membersarkan anak ni tak kira la berapa ramai pun anak2 kita. tak kira sekali pun di landa masalah kewangan atau apa sekali pun kenapa tak yakin setiap anak tu ada rezeki nya sendiri. rezzeki mungkin bukan dalan=m bentuk kewangan tapi dalan segala bentuk. mungkin kejayaan dalam hidup ... mungkin juga kejayaan atau anything yang kita tak pernah terfikir dan kita sangka. cerita pasal pilih kasih bukan la cerita baru atau asing di telinga kita ni. kenapa mesti nak bezakan kasih sayang ni. kita tak tahu masa tua kita (insya Allah kalau panjang umur) mungkin anak ni la yang jaga kita. yang bela kita bila tiba2 kita dah tak berdaya ... amanah Allah yang satu ini lah yang kita perlu jaga dan sayang sepenuh hati kita. ikatan suami isteri boleh terlerai bila2 masa tapi ikatan ibu dan anak takkan terputus selagi hayat di kandung badan. maafkan saya kalau menyinggung htai dan menguris perasaan anda ... tapi ini juga cara saya mengingati diri sendiri untuk terus mnyayangi anak2 tanpa membezakan kasih sayang. saya berhenti dulu untuk hari ni ... insya Allah ada masa saya sambung lagi nanti. salam sayang dari saya .... terima kasih sudi singgah di blog saya ni ....

No comments:

Post a Comment