assalam ... selamat pagi dan selamat sejahtera semua ... malam tadi syai n anak2 berbincang pasal masalah ini bersama ... mungkin sebab rasa tanggung jawap untuk kita sama2 saling ingat mengingati tiba2 idea datang mencurah2 untuk di panjang kan di sini pulak ... semalam pagi2 lagi dah kecoh satu rumah .. anak syai kehilangan telefon 2 3 ari lepas. ok la tak apa nk buat camne pon .. dah xde rezeki ... redha je la ... pujuk anak mngkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik nanti ... yang anak ni pun dah pasrah .. takpe la mama chipa tak nak apa2 nak dapat 4 flat je untuk keputusan matriks dia yang akan keluar tak lama lagi ... senang nya pemikiran anak yang sorang ni .... tup2 pagi semalam dapat cerita lain lak ... dah la mencuri ada ke patut dia mengambil kesempatan dengan sms kawan2 anak saya ni n minta duit. wahhhhh sungguh melebih2 orang ni. memang la senang nak buat keje semua contact number ada dalam tu ... syai tak habis fikir .. kenapa tergamak sangat orang2 macam ni. dah la mencuri sanggup lak tu memburuk2 kan nama orang yang dia tak kenal. tak pasal2 nanti kawan2 dah x percaya pada anak syai ni.
sesusah mana pun kami anak beranak syai x pernah ajar anak2 untuk meminjam2 pada orang meski pon kawan2. untuk apa pun ... kita hidup la seadanya ... belanja ikut kemampuan, bila ada lebih kita beringat ... bila dah tak ada duduk je la diam2 ... betul kan ....
ini lah sebenarnya masalah anak2 muda sekarang ... berlagak hidup nak mewah je ... tapi bekerja ... malas. masa sekolah tak belajar sungguh2 ... bila kerja nak yang senang ... tak nak yang susah yang memenatkan ... gaji nak besar. hamboiiiii sesapa pun nak macam tu kan ... tapi mereka2 ni terfikir kah ...waktu sekolah dulu kalau malas belajar apa akibatnya ... kalau rajin lak apa ganjarannya .... takkan setiap masa kene bagi semangat n motivasi untuk anak2 ni. kat sekolah mungkin juga ada bermacam2 kem ... kem motivasi la ... kem itu la ... ini la ... tapi bila di rumah ibu bapa lepas tangan ... takde kata2 perangsang untuk anak2. cukup sekadar pujian .. tak perlu lebih2 .. cukup buat hati anak berbunga riang ria bila kene puji. bukan la nak puji diri sendiri ... tapi syai sentiasa bagi semangat n galakan ... bagi contoh mereka2 yang berjaya termasuk dikalangan kawan2 syai sendiri ... jujur dan ikhlas syai tumpang berbangga dengan kejayaan kawan2 syai ... kalau kita rajin dan tekun besar lah ganjarannya kelak. tapi kalau malas ... eeemmm tengok juga la apa kesannya nanti.
cuma syai selalu pesan pada anak2 ... bila dah berjaya jangan lupa diri. jangan sesekali mendabik dada .. sombong ... jangan jadi kacang yang lupakan kulit. jangan sesekali memandang rendah pada orang lain. tak semestinya orang yang x berjaya tu malas mungkin juga mereka cuma x bernasib baik .. bukan sbb tak berusaha. kita takkan tau cerita hidup orang lain kann. jangan tamak share apa yang kita ada ... janji Allah kalau kita berkongsi apa milik kita in sya Allah ... Allah gandakan rezeki kita.
emmm ... kadang2 memang susah hati bila memikirkan anak2 ni. apatah lagi ada anak yang tengah meniti usia remaja. risau kalau2 mereka ni tersalah langkah ... tersalah pilih kawan. tapi syai suka amik pendekatan dengan kenal dengan kawan2 mereka. amik tau dengan sapa mereka berkawan ... mereka bergaul. tapi apa yang syai nampak tentang anak lelaki ni ... kita sebagai ibu pon takkan kenal anak kita ... cuma bila mereka dah berkahwin seorang isteri je yang akan kenal sapa suami mereka ... bukan ibu bapa. pada anak2 syai sentiasa akan bertanya apa masalah mereka ... buat macam kawan, tapi jangan sampai mereka lupa siapa kita ... ibunya.
masalah sosial ari ni rasanya boleh kita elakkan kalau kita ibu bapa sentiasa ambil tau hal anak2. kalau dari kecil kita dah biasa kan anak2 dengan cara kita ambil berat tentang mereka dah tentu mereka takkan rasa terkongkong. bila besar mereka pun takkan rasa kekok untuk bercerita masalah dengan kita.
ari ni panjang sikit celoteh syai. peringatan untuk diri sendiri juga sebenarnya. memang sangat mencabar membesarkan anak2 sekarang berbanding dengan zaman kita 20 30 tahun yang lepas. syai menyusun sepuluh jari minta ampun dan maaf jika terkasar bahasa menyinggung rasa. akhir kata sayang anda semua .....
No comments:
Post a Comment