assalam .... salam hormat buat semua. lama sungguh saya x meng'update' blog saya ni. agak sibuk ... tak ada idea ... ++ sikit malas. biasala bila hati tak berapa nak tenang segala gala nya jadi kurang. idea pun kurang minat pun kurang ... sudahnya berminggu saya tak jengah di sini.
28 julai 1973 ... itu tarikh keramat saya di lahirkan. hehehe ... lom 40 lagi ye .... setiap manusia membesar mengikut fasa hidup yang sama. mengikut urutan seterusnya dan seterusnya. rasanya semua setuju bila saya cakap zaman kanak2 adalah zaman yang paling seronok ... apa tak seronoknya ... pernah kita masa kanak2 dulu memikirkan masalah2 lain selain dari bermain berlari berkejaran melompat berseronok. namakan lah apa saja permainan yang tak pernah kita cuba masa kanak2 dulu. walaupun kene marah kene pukul .. tak serik ... esoknya buat lagi. seronok betul zaman tu kan.
remaja ... aduhhhh ... zaman terindah. paling indah ... maklumlah dah mula kenal cinta ... berkasih sayang ... rindu. hati berbunga2 riang bahagia. bak bunga yang baru nk berkembang .. harum mewangi. semua pun pasti setuju kalau di beri peluang kali kedua ke masa lampau masa remaja la menjadi pilihan. seronoknya waktu tu kekal dalam ingatan sampai sekarang. lebih2 lagi waktu sekolah .. sekolah menengah ... eeemmm ... terindahkan ... tapi waktu kita dulu .. lebih kurang 25 tahun dulu tak ada lagi berita2 menakutkan macam sekarang .. gejala2 sosial yang menakutkan lagi menyeramkan. malah masa zaman kanak2 kita dulu rasanya tak ada dengar cerita kanak2 yang di culik di rogol dan di bunuh. tapi sekarang .. aduhhhh ... mengucap panjang rasanya. dah tak ada rasa belas kasihan .. perikemanusiaan ... terbaru bila saya baca baby baru lair di pam di mangkuk tandas. aduuuuhhhaaaiii ... apa la jenis mak yang macam ni. tak penat ke dia mengandung 9 bulan dengan segala kesakitan kesusahan yang terpaksa dia tanggung ... perit letih sakit .... bila anak tu lahir ... di campak di buang sesuka hati. di bunuh tanpa belas. sumpah saya tak faham dengan manusia yang berperangai seperti ini. macam tu juga masa zaman kita remaja ... rasanya tak ada kita dengar cerita2 yang tak enak ni. bukan tak ada yang keluar berdating . huh ... tipu sungguh kalau cakap tak pernah ... hehehehe ... tapi masa kita dulu masih ada batas2 nya ... masih lagi di selubungi rasa malu. tak ada la nak explore segala benda yang nampak atau yang tak nampak. boleh juga dikatakan sifat ingin tahu budak2 sekarang sangat melampau. bila terdedah dengan segala benda yang menyeramkan (pada saya la) kat internet ni ... bila dah tengok mesti nak cuba lak ... cuba je la tengok kat youtube tu ... yang pakai baju sekolah on dengan segla macam aksi dan ragam. rasanya kita yang dah berkahwin ni pon tak de la sampai macam tu sekali (agaknya kut) ...
tapi bagi saya zaman remaja lah yang paling indah. apatah lagi bila bertemu semula dengan kawan2 lama masa reunion hari tu ... wah rasanya dah kembali sweet 17 ... hehehehe ..... bila masuk fasa seterusnya kita berjodoh ... berkeluarga. kita cerita lain kali bab yang satu ni ye.
pengalaman2 hidup ni la yang sebenarnya mematangkan kita. megajar kita erti sebuah kehidupan. pahit manis kehidupan. saya juga sangat percaya bagaimana kehidupan zaman kanak2 ... seterusnya remaja ... dan seterusnya seterusnya ni lah yang mencorakkan pemikiran kita. membuat kita semakin matang dengan pelbagai pengalaman yang kita lalui. saya juga yakin umur bukan la faktor kita menjadi matang. bukan tak ada yang dah berumur tapi pemikiran masih tak matang2. tapi terserah pada masing2 mencorak kan diri sendiri bila dah tak bergantung lagi pada mak dan abah kita.
cara kita berfikir ni lah kita gunakan untuk mencorakkan pula anak2 kita. bersandarkan pengalaman kita kita ubah suai untuk cari yang terbaik untuk anak2 kita pulak. begitu juga la seterusnya dan seterusnya. tak ada nilai nk di tukar ganti dengan pengalaman2 kita ni. pon begitu tak ada yang di jual secara sah atau black market atau pon secara online. pandai2 kita la mempergunakan segala apa yang ada pada kita untuk kebaikan diri sendiri juga untuk orang lain.
so sampai di sini dulu saya berbicara. sesekali menulis panjang lebar la pulak. harap jangan ada yang jemu ye ... ada atau tak ada yang baca saya akan teruskan menulis di sini. salam sayang dari saya. berundur seketika ... wasalam
No comments:
Post a Comment