cerita ni sepatutnya saya post hari sabtu ... tapi sebab saya kesuntukkan masa ... saya tak sempat post kan hari tu. walaupon hati saya bergelora hendak post kan cerita ni secepat mungkin. biasanya sayasangatarag membeli surat khabar. rasa rasa nak baca berita saya online je. agak agak banyak sangat cerita politik saya offline la balik. sangat tertarik mengenai satu berita kisah rumahtangga di satu sudut paper ni ... kisah seorang suami yang membelasah isterinya dalam kereta.
bertengkar di pertengahan perjalanan si suami hilang pertimbangan menumbuk dan menampar isterinya hingga pengsan. tak cukup dengan itu ... bila sedar dari pengsan si isteri di halau keluar dari kereta. tapi si suami masih tak puas hati terus memukul isterinya. mencuba mempertahankan diri si isteri cuba mencari kayu tapi si suami bertindak lebih pantas mengambil besi dari dalam kereta dan terus membelasah si isteri. si isteri kemudiannya diheret masuk ke kereta dan di bawa pulang k rumah. namun si isteri bernasib baik dapat melepaskan diri dari kurungan dan membuat laporan polis di balai berdekatan. terlalu banyak persoalan yang saya fikirkan dari berita ini. apakah puncanya .. biasanya memang tak diberitahu punca ... siapa yang bersalah ... macam ada pulak yang nk mengaku bersalah kan .... tak adakah cara yang lebih baik selain dari memukul mencederakan mengurung isterinya itu.
pada saya ... saya sangat pasti puncanya bukan la kecik kecik anak punya punca. pasti si isteri berkata sesuatu yang sangat tidak boleh di terima oleh suaminya. mungkin juga mencabar ego diri dan sudah pasti si suami sangat sangat marah dengan apa juga perbuatan isterinya itu. atau mungkin juga si suami jenis yang panas baran ... tak boleh di tegur walaupun dia yang bersalah ... tak boleh terima kekurangan diri ... ego yang sangat tinggi.
tak pasti siapa yang bersalah tapi pada saya walau siapa pun yang bersalah ... masih boleh di bawa berbincang. kenapa mesti di akhiri dengan adegan pukul memukul. belasah sesedap hati. sekali pun ada yang bersalah hilang sudah ke kasih sayang. hilang terus ke memori memori indah ketika bersama ... kisah manis di alam bercinta. hilang ingatan sekejap agaknya hingga lupa timbang rasa ... hilang keperikemanusiaan sedangkan orang yang di pukul tu la yang bertahta di hati ... yang di sayangi ... di cintai ... tidur sebantal sekatil .... aduhaiiiii
itu lah yang saya ingin bagitau pasti puncanya sangat sangat dahsyat dan tak boleh dimaafkan. lupakanlah walau apa pun bangsa mereka ini .... mereka juga ada lah manusia .. manusia yang ada akal fikiran ... ada hati dan perasaan ... yang ada rasa sakit bila di pukul. tergamak sungguh si isteri di pukul dan di belasah sedemikan rupa. lupakan lah pengalaman sendiri ... tapi apa yang saya baca di akhbar sangat sangat menyakiti hati perempuan saya. rasanya apa apa pun masalah masih boleh di bawa berbincang dengan baik. sekali pun si isteri memberitahu dia dah tak ada perasaan lagi terhadap suaminya ... ingin mencari kebahagian sendiri ... adakah patut si suami bertindak sedemikian rupa.
perasaan bukan la sesuatu yang boleh di paksa paksa. terima hakikat dengan hati terbuka andai kata itulah kata si isteri. muhasabah diri bagaimana boleh hilang rasa kasih sayang isteri pada suami ... mengakui kelemahan diri. rasanya itu lebih baik. tapi berapa ramai lelaki yang sanggup buat begitu .... mengakui kesilapan diri ... merendahkan ego diri ... susahkan. tapi hati wanita ni ... macammana di sakiti ... di khianati ... di hancuri ... berkali kali ... tapi masih boleh memaafkan ... masih boleh menerima apa sekali pun kesilapan walaupun bukan dari diri sendiri ... masih boleh juga menerima apa juga dugaan. sekali pun hati yang satu tu hancur dan retak berkali kali ... wanita masih boleh bersabar dan bersabar dan bersabar lagi. mungkin hingga berpuluh puluh tahun. tapi jangan sesuatu yang tak di sangka berlaku. teringat pesan seorang teman ... kalu kita tau suami kita bersalah jangan sampai kita juga jadi bersalah dengan jadi macam dia ( lebih kurang kut). tapi macam tu la maksud dia. tapi wahai lelaki ingat lahhh...........
"when female is used to getting hurt ... she won't know how it feels when a man starts to appreciate her ... so she ends up pushing him away"
dalam apa apa pun masalah kita ... saya pasti ada jalan penyelesaiannya. cepat atau lambat sahaja. pukul memukul bukan la caranya. yakin pada Allah ... berdoa selalu agar diberi segera jalan penyelesaian. bercakap bagi pihak diri sendiri ... sama sama kita berdoa semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah .... diberi petunjuk dan hidayah ... dan dijauhi segala kesulitan ....
"how can a full grown brother ... hit his wife ... a creation of Allah ... who's smaller and weaker than him and still think he's a man"
salam sayang ..... syai
No comments:
Post a Comment