Monday, 8 July 2013

ini lah kehidupan ......

       assalam ... selamat bahagia semua ... cerita saya kali ni dah agak lama saya sediakan. kira kira 2 minggu lepas ... tapi di sebabkan tak berkesempatan dan kemudian ada pulak cerita yang lagi hot maka cerita yang ini saya simpan dulu. saya ni sebenarnya sangat jarang nak menghadap cerita cerita kat tv ni. entah ye ... mungkin juga malas nak berebut rebut dengan anak anak nk tengok tv. kita nak tengok lain anak anak nak tengok lain ... baiklah kalau saya je yang mengalah .. berehat dalam bilik sambil mencoretkan apa yang terlintas dalam kepala adalah lebih baik kutt ....

     ada juga laa cerita yang saya suka juga ikuti. bukan la xde langsung. tapi selalunya tengok juga la siapa pelakonnya camne juga jalan ceritanya. hari sabtu kira kira 2 minggu lepas .... biasa la hari tak sekolah ... anak anak pon ramai yang tak de di rumah .... masing masing dengan aktiviti bersama kawan kawan. tinggal la saya bersama anak yang kecik di rumah. dek kerana bosan tukar tukar channel tv tertukar astro prima 105 .... cerita 'suamiku suamimu juga' ... cerita macam cerita cerita melayu yang lain ... kisah suami isteri. tapi saya rasa kisah ni ada terjadi dalam masyarakat kita.

     kisah seorang isteri yang hidup serba sederhana bersama suami dan 2 anaknya. saya tak pasti kehidupan si isteri sebelum berkhawin sbb saya pun tengok dah separuh jalan ... cuma bila isteri berkeinginan untuk bermewah mewah  .... duit sewa rumah yang diberi suami abis dibawa bershopping. yang si suami ni konon sangat sayangkan isteri membiarkan je apa yang si isteri ni lakukan. sampai suatu waktu bos kepada suami ni  jatuh cinta pada si suami. sehingga sanggup berjumpa si isteri minta restu untuk berkahwin dengan si suami .... disamping menjanjikan kemewahan duit yang banyak rumah yang besar ... sebagaimana keinginan si isteri ni. mulanya si suami memang menolak lamaran dari puan bos ni. ye la konon sayangkan isteri. tapi si isteri ni pulak yang lebih lebih ... sampai sanggup mogok lapar sampai pengsan taknak makan. hanya bila si suami berjanji akan terima lamaran dari puan bos baru la si isteri ni pulih seperti biasa.

     saya terfikirkan dua perkara dalam cerita ni .... satu ... ujud ke lelaki yang macam ni dalam dunia ni. yang sanggup lakukan apa je demi isteri yang tercinta ... walaupon pasti suatu hari nanti pasti di himpit masalah dan menyusahkan diri sendiri. satu lagi ... apa kah kemewahan yang di cari dalam hidup menjaminkan kebahagiaan ..... bertuahkan sesiapa juga yang mendapat suami seperti ini. sanggup buat apa je demi orang yang tersayang ... selain dari isteri. sanggup tolong bukakan kedai ... bersusah payah asalkan buah hatinya senang tapi isteri ... eeeeemmmm minta belajar buat kek pun tak dapat ..... apatah lagi nak berbisness ... jagan kan modal .... sokongan pon tak dapat ... sedihkan..... berbalik pada cerita tadi ... akhirnya si isteri lupa diri ... tenggelam dalam kemewahan yang di idam idamkan ...

     bila isteri no 2 menjanjikan kemewahan untuk isteri pertama mungkin itulah kebahagiaan buat isteri pertama. tapi sampai bila ... duit bila dibelanja sesuka hati lama lama abis juga. boleh ke duit yang banyak tu beli kasih sayang. terjamin kebahagiaan ....mata duitan .. cuma kepuasan dalam jangka masa yang singkat. bila tengok si suami kini lebih berbahagia dengan isteri yang baru ... mula la terhegeh hegeh buat baik semula dengan suami dan anak anak. sedangkan sebelom ni dia lupa tanggungjawap dek duit yang banyak.

     banyak yang saya fikirkan tentang wang ringgit dan kemewahan ni ... dengan pengalaman hidup yang pelbagai ni ... susah senang yang pernah dilalui ... pada saya memang betul duit ringgit memang menjadi keperluan dalam kehidupan yang serba mahal ni. tapi berpada pada laa ... jangan over extreme sangat pada kemewahan ni. bersederhana lah ... ukur baju di badan sendiri. tiada jaminan dalam hidup yang duit ringgit dan kemewahan akan membawa kita bahagia hingga ke ujungnya. yang akan memberi kita nikmat hidup yang tak bertepi. banyak duit pon boleh buat susah hati. pada saya memang tak ada jaminan anda tak akan susah hati dengan longgokkan duit yang banyak. apatah lagi tiada nilai yang dapat beli kebahagiaan. tiada juga kemewahan yang menjamin anda tak akan susah hati atau merana. alangkah jika bahagia tu dapat dibeli ... dah tentu itulah yang paling laku ... x kira la berapa harganya. tiada bahagia yang hakiki selain mencintai Allah dan rasulnya. berbahagia juga lah mereka mereka yang saling cinta mencintai dengan pasangan masing masing dalam hidup yang serba sederhana dan saling faham memahami. melengkapi hidup antara satu sama lain tanpa dikhianati oleh pasangan sendiri. doa saya agar kalian terus berbahagia ....

     salam sayang dari syai .....

No comments:

Post a Comment